lagarde-ecb

Presiden ECB Beri Isyarat Kadar Faedah Tidak Akan Dikurangkan Dalam Masa Terdekat

Bank Pusat Eropah tidak bersedia untuk mengurangkan kadar faedah untuk “beberapa suku tahun akan datang”, kata presiden Christine Lagarde sambil memberi amaran tentang potensi kebangkitan semula dalam inflasi.

ECB telah menaikkan kadar 10 kali berturut-turut untuk meredakan tekanan harga pengguna, namun mengekalkannya untuk kali pertama dalam lebih setahun pada mesyuarat Oktober yang lalu.

Kejatuhan inflasi zon euro kepada 2.9 peratus pada bulan lalu serta peningkatan kos pinjaman yang lebih tinggi yang membebankan wilayah mata wang tunggal, telah meningkatkan spekulasi mengenai waktu ECB berkemungkinan mula mengurangkan kadar faedah.

Bercakap pada acara Financial Times, Lagarde berusaha untuk menghilangkan harapan atau spekulasi bahawa pengurangan itu akan berlaku dalam masa terdekat.

Jika kadar dikekalkan pada paras semasa mereka untuk “cukup lama”, maka ia akan “memberi sumbangan besar untuk membawa inflasi kembali kepada sasaran dua peratus kami dalam jangka sederhana”, jelas Lagarde.

Ketika disoal tentang berapa lama tempoh akan ditekalkan, beliau berkata: “Cukup lama adalah lama. Ia bukan sesuatu perubahan yang kita akan lihat dalam beberapa suku tahun akan datang.”.

Kenaikan harga pengguna di 20 negara wang tunggal euro telah pada Oktober telah memuncak pada 10.6 peratus, didorong terutamanya oleh lonjakan kos tenaga selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Lagarde mengakui bahawa “inflasi telah turun secara besar-besaran”, sambil menambah bahawa “seseorang boleh berkata bahawa dasar monetari telah melaksanakan tugasnya”.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa kejatuhan besar dalam harga tenaga khususnya telah membantu memacu penurunan inflasi tersebut, dan mengisyaratkan bahawa satu lagi kejutan tenaga boleh mendorong angka itu untuk melonjak semula.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *