presiden-eu-leyen

Presiden Suruhanjaya EU Mencadangkan Had Harga Ke Atas Gas Rusia

Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan had harga bagi gas Rusia, di samping langkah pemotongan mandatori EU dalam penggunaan elektrik dan siling pada hasil penjana kuasa bukan gas, kata Presiden EU hari ini.

Harga tenaga dan bahan api telah melonjak apabila Rusia telah mengurangkan jumlah gas yang dihantar ke Eropah.

Kerajaan Rusia telah menyalahkan pemotongan bekalan itu dengan isu teknikal dan sekatan Barat yang dikenakan atas pencerobohannya di Ukraine.

“Kami akan mencadangkan had harga gas Rusia… Kami mesti mengurangkan pendapatan Rusia yang digunakan Putin untuk membiayai perang kejam di Ukraine ini,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

Menjawab cadangan itu, Presiden Vladimir Putin hari ini berkata bahawa Rusia akan berhenti membekalkan gas dan minyak jika had harga dikenakan.

Beberapa negara EU masih berhati-hati dengan rancangan menetapkan had harga gas Rusia itu berikutan berisiko untuk mengurangkan lagi bekalan yang masih mereka terima dari Moscow.

Suruhanjaya berkata had harga bagi gas saluran paip Rusia masih akan membenarkan pembelian jika harga tidak melebihi ambang yang dipersetujui.

“Gangguan yang ketara sudah berlaku tanpa had harga,” kata Suruhanjaya dalam nota yang menerangkan rancangan von der Leyen, sambil mengakui bahawa Rusia boleh menjadikannya sebagai alasan untuk mengurangkan lagi bekalan.

Nota Suruhanjaya itu mencadangkan penetapan siling harga melebihi kos pengeluaran yang boleh diterima walaupun di bawah harga pasaran semasa supaya dapat menggalakkan Rusia terus menjual ke Eropah.

EU juga mahu mengehadkan hasil penjana bukan gas dan menyalurkan “keuntungan tidak dijangka” mereka ke dalam tindakan yang membantu isi rumah dan syarikat, kata von der Leyen.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *