xi-jinping-cold-war

Presiden Xi: China Akan Luaskan Akses Pasaran Untuk Industri Perkhidmatan

Presiden China Xi Jinping pada hari Sabtu berkata bahawa China akan meluaskan akses pasaran dalam industri perkhidmatan dan menggalakkan perdagangan perkhidmatan rentas sempadan.

Bercakap melalui video di Pameran Antarabangsa China bagi Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) di Beijing, Xi berkata China akan menumpukan pada mengembangkan pasaran domestik, meningkatkan import perkhidmatan berkualiti tinggi dan memperbaharui sistem data asas negara.

Kenyataan itu dibuat ketika perdagangan China mencatan kemerosotan dalam beberapa bulan kebelakangan ini susulan permintaan yang lebih lemah.

Situasi tersebut telah mengancam prospek pemulihan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu, mendorong pemimpin-pemimpin tertinggi negara untuk memperkenalkan sokongan dasar selanjutnya.

Xi berkata China akan menggalakkan pembangunan bersepadu industri pembuatan mewah dan perkhidmatan moden.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *