google-antitrust

PriceRunner Saman Google Sebanyak €2.1b Atas Dakwaan Memanipulasi Hasil Carian

Laman web perbandingan harga Sweden PriceRunner berkata bahawa mereka akan menyaman gergasi teknologi Google sebanyak €2.1 bilion (RM10 bilion) kerana telah mempromosikan perbandingan beli-belahnya sendiri dalam hasil carian.

Eropah telah bertindak keras terhadap aktiviti perniagaan Big Tech dalam beberapa tahun kebelakangan ini, manakala EU sedang bergerak ke hadapan dengan undang-undang untuk lebih ketat.

Gergasi-gergasi dari AS antara yang berdepan dengan denda dan tindakan undang-undang di kebanyakan negara Eropah.

Syarikat pemula teknologi dari Sweden itu berkata mereka menjangkakan “jumlah ganti rugi akhir tuntutan mahkamah akan menjadi lebih tinggi”, memandangkan “pelanggaran itu masih berterusan.”

Ketua eksekutifnya, Mikael Lindahl berkata tuntutan mahkamah itu juga merupakan perjuangan “untuk pengguna yang telah mengalami banyak penderitaan daripada pelanggaran undang-undang persaingan Google selama empat belas tahun yang lalu hingga hari ini”.

Syarikat PriceRunner telah memfailkan samannya dengan Mahkamah Paten dan Pasaran di Stockholm selepas Mahkamah Agung Kesatuan Eropah memutuskan bahawa Google “melanggar undang-undang antitrust EU dengan memanipulasi hasil carian memihak kepada perkhidmatan beli-belah perbandingan mereka sendiri.”

Pada bulan November, mahkamah EU mengekalkan denda €2.4 bilion yang telah dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah ke atas Google pada 2017, dengan mengatakan hasil daripada perkhidmatan perbandingan Google sendiri “dipaparkan dengan cara yang lebih menarik perhatian.”

PriceRunner berkata mereka sedang menuntut ganti rugi untuk keuntungan yang hilang di Britain sejak 2008 serta di Sweden dan Denmark sejak 2013.

Mereka juga menyebutkan bahawa Google mempunyai “kedudukan seperti monopoli” dalam Kawasan Ekonomi Eropah dengan lebih 90 peratus bahagian pasaran adalah untuk enjin carian internet.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *