qatar-energy

Qatar Tandatangani Perjanjian Untuk Bekalkan LNG Kepada China Selama 27 Tahun

QatarEnergy telah menandatangani perjanjian 27 tahun untuk membekalkan Sinopec China dengan gas asli cecair (LNG), perjanjian LNG yang paling lama pernah dilakukan berikutan ketidaktentuan pasaran mendorong pembeli mendapatkan tawaran jangka panjang.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari lalu telah mewujudkan persaingan yang sengit dalam pasaran LNG, dengan Eropah khususnya memerlukan jumlah yang sangat besar bagi membantu menggantikan pergantungan gas dari Rusia yang mewakili hampir 40 peratus daripada import benua itu.

“Hari ini merupakan kejayaan penting bagi perjanjian jual beli (SPA) pertama untuk projek North Field East, iaitu 4 juta tan metrik selama 27 tahun kepada Sinopec dari China,” kata ketua QatarEnergy Saad al-Kaabi di Doha.

“Ia menunjukkan bahawa tawaran jangka panjang ada di sini dan penting untuk kedua-dua penjual dan pembeli,” katanya.

The North Field adalah sebahagian daripada medan gas terbesar di dunia yang dikongsikan oleh Qatar dan Iran.

QatarEnergy awal tahun ini menandatangani lima perjanjian bagi North Field East (NFE).

Perjanjian itu dilaporkan lebih besar berbanding rancangan pembesaran dua fasa North Field, yang merangkumi enam kereta api LNG dengan peningkatan kapasiti pencairan Qatar daripada 77 juta kepada 126 juta tan setahun menjelang 2027.

Sinpoec mengensahkan perjanjian itu dan berkata ia adalah perjanjian bekalan pertama yang diumumkan untuk NFE.

“Kami sangat gembira dengan perjanjian bersama Sinpoec ini kerana kami sudah mempunyai hubungan jangka panjang pada masa lalu dan ini membawa hubungan kami ke tahap baharu kerana kami mempunyai SPA yang akan bertahan hingga 2050-an,” kata Kaabi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *