qatar-energy

QatarEnergy: Serangan Di Laut Merah Mungkin Menganggu Jadual Penghantaran LNG

Penghantaran gas asli cecair (LNG) Qatar mungkin ditangguhkan akibat serangan di Laut Merah, jelas QatarEnergy namun menegaskan bahawa pengeluaran tidak terjejas.

Syarikat gergasi milik kerajaan itu mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa “pengeluaran LNG Qatar berterusan tanpa gangguan, dan komitmen kami untuk memastikan bekalan LNG yang boleh dipercayai kepada pelanggan kami kekal tidak berbelah bahagi”.

“Walaupun perkembangan berterusan di kawasan Laut Merah mungkin memberi kesan kepada penjadualan beberapa penghantaran apabila mereka mengambil laluan alternatif, penghantaran LNG dari Qatar sedang diuruskan dengan pembeli kami yang dihargai,” tambahnya.

Kumpulan pemisah, Houthi Yaman yang disokong Iran memulakan serangan di Laut Merah pada bulan November, dengan dakwaan telah menyasarkan kapal=kapal yang berkaitan dengan Israel sebagai tanda sokongan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Bagi mengelakkan konflik, daripada menggunakan laluan utama antara pasaran Asia dan Eropah, yang biasanya membawa kira-kira 12 peratus daripada perdagangan maritim global, beberapa syarikat perkapalan kini mengambil lencongan besar di sekitar selatan Afrika.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata penghantaran LNG akan terjejas, seperti perkapalan pedagang lain, oleh serangan Houthi itu.

Beliau juga menggelar krisis di Laut Merah sebagai “ketegangan paling berbahaya” di rantau ini kerana kesannya. mengenai perdagangan global.

Campur tangan Sheik Mohammed ini muncul susulan laporan mengenai sekurang-kurangnya lima kapal LNG yang dikendalikan oleh Qatar berhenti dalam perjalanan ke Laut Merah.

Tentera AS dan British telah melaksanaan serangan gelombang pertama terhadap Houthi awal bulan ini dan diikuti dengan serangan bersama selanjutnya semalam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *