Amerika Syarikat bersiap hadapi kemungkinan serangan ke atas Iran

Rio Boestamam
3 Min Read

Pegawai kanan Amerika Syarikat kini sedang membuat persiapan untuk kemungkinan melancarkan serangan terhadap Iran dalam beberapa hari akan datang, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu. Perkembangan ini menunjukkan Washington sedang menyusun infrastruktur untuk terlibat secara langsung dalam konflik dengan Tehran.

Situasi ini masih berubah-ubah dan sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat. Beberapa sumber berkata, terdapat kemungkinan serangan akan dilakukan hujung minggu ini, dengan pemimpin beberapa agensi persekutuan turut mula bersiap sedia menghadapi sebarang tindakan ketenteraan.

Presiden Donald Trump, yang sejak beberapa hari lalu memberi bayangan terbuka mengenai kemungkinan serangan ke atas Iran, menyatakan bahawa beliau mempunyai “idea” mengenai tindakan yang akan diambil, tetapi lebih suka membuat keputusan saat akhir kerana ketegangan di Timur Tengah masih belum menentu.

Dalam kenyataan kepada media, Trump berkata, “Saya mungkin lakukannya, saya mungkin tidak,” sambil menegaskan semua pilihan masih terbuka.

Israel memulakan serangan misil terhadap Iran jumaat lepas.

Perubahan Nada Trump

Pendekatan Trump yang kini lebih cenderung kepada tindakan ketenteraan dilihat berbeza dengan kenyataan beliau minggu lalu yang menggalakkan rundingan diplomatik berkaitan program nuklear Iran.

Kelewatan serangan beberapa hari dilihat memberi ruang kepada Iran untuk membuktikan kesediaan mereka berkompromi terhadap program pengayaan uranium, sekali gus mengelakkan tindakan ketenteraan dari AS.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan dalam kenyataan media sosial bahawa Iran masih “komited kepada diplomasi” dan tidak pernah berniat serta tidak akan berusaha untuk memiliki senjata nuklear.

Difahamkan, menteri-menteri luar dari UK, Perancis dan Jerman akan mengadakan rundingan nuklear dengan rakan sejawat mereka dari Iran di Geneva esok.

Desakan Dalaman

Nada Trump berubah selepas dinasihatkan oleh beberapa sekutu rapat bahawa Iran kini semakin hampir untuk mendapatkan senjata nuklear. Senator Lindsey Graham dilaporkan menjadi suara paling lantang mendesak Presiden mempertimbangkan tindakan ketenteraan.

Menurut sumber, Graham telah beberapa kali berbincang dengan Trump, dan percaya Iran telah melakukan “kesilapan besar” dengan tidak memanfaatkan peluang diplomasi.

“Lagi cepat kita tamatkan ancaman ini kepada umat manusia, lebih baik,” kata Graham yang turut menyatakan Trump kini berada dalam keadaan “fokus, tenang dan serius” terhadap isu ini.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *