FILE PHOTO: A Russian national flag is seen at the roof of the Russian embassy in Kiev, Ukraine, September 18, 2016. REUTERS/Gleb Garanich

Rakyat Rusia Semakin Merasai Kesan Kenaikan Harga, Inflasi Tahun Ke Tahun Cecah 16.7 Peratus

Kadar inflasi di Rusia mencecah 16.7 peratus tahun ke tahun (YoY) pada bulan Mac. Memetik data dari agensi perangkawan Rusia (Rosstat), kadar tersebut tidak pernah dilihat sejak tahun 2015 dengan harga makanan melonjak lebih tinggi.

Bank pusat Rusia menetapkan sasaran bagi inflasi sekitar empat peratus. Namun, ekonomi mereka telah ditekan oleh sekatan besar-besaran negara Barat sehingga mengakibat bacaan tahun ke tahun meningkat empat kali ganda.

Penganalisis dari Renaissance Capital mengunjurkan bahawa inflasi akan ke paras 24 peratus pada musim panas tahun ini.

Menurut Rosstat, inflasi harga makanan yang menjadi kebimbangan dikalangan rakyat berpendapatan rendah telah mencecah 19.5 peratus (YoY).

Laporan menunjukkan harga pasta naik 25 peratus, mentega sebanyak 22 peratus, gula sebanyak 70 peratus dan buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 35 peratus.

Harga barangan lain yang turut meningkat adalah bahan binaan (naik 32 peratus) dan elektronik rumah (naik 40 peratus).

Peningkatan inflasi seluruh dunia semakin memecut untuk beberapa bulan keranan beberapa faktor termasuk pemulihan pasca wabak dan harga bahan mentah yang tinggi.

Sementara di Rusia, lonjakan inflasi turut didorong oleh keputusan Presiden Putin menghantar askar ke Ukraine sehingga menambahkan lagi sekatan negara luar ke atas mereka, sekali gus mengakibatkan gangguan logistik

Gangguan itu telah melemahkan kuasa membeli rakyat Rusia dan menjadi masalah terbesar pihak berkuasa negara untuk memperkenalkan tindakan-tindakan bagi mengawal harga.

Di sebuah pasar di bandar kedua terbesar Saint Petersburg di barat laut Rusia, para pembeli pada minggu ini berkata mereka semakin merasai tekanannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *