rba3

RBA Terus Menaikkan Kadar Faedah, Berjanji Akan Segera Bertindak Untuk Mengawal Inflasi

Rizab Bank Australia (RBA) sekali lagi menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada hari ini dengan berjanji untuk “melakukan apa yang perlu” untuk mengawal inflasi yang sedang melambung tinggi.

Kenaikan keempat berturut-turut oleh RBA menyaksikan kadar faedah utamanya meningkat kepada 1.85 peratus, dan bank pusat menekankan bahawa lebih banyak kenaikan akan diumumkan.

Gabenor RBA Philip Lowe berkata inflasi yang sudah berada di paras tertinggi dalam beberapa dekad dijangka mencecah 7.75 peratus tahun ini.

Beliau juga menyebutkan bahawa tekanan inflasi mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk kembali ke paras yang stabil.

Sebagaimana bank-bank pusat di seluruh dunia, RBA juga berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan satu langkah yang dapat meredakan tekana inflasi tanpa menjejaskan ekonomi yang sudah perlahan.

“Laluan untuk mencapai keseimbangan ini adalah laluan yang sempit dan diselubungi ketidakpastian, terutamanya dengan perkembangan global ketika ini,” kata Lowe.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *