ringgit2

Ringgit, Saham Melonjak Dengan Pelantikan PM Malaysia Yang Baharu

Ringgit Malaysia mencatatkan prestasi harian terbaik dalam dua minggu sementara ekuiti meningkat 3% pada hari ini apabila ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Ringgit meningkat sebanyak 1.9% dan berada di landasan untuk mencatat prestasi harian terbaik sejak 11 November setakat jam 4 petang.

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada pukul 5 petang, menamatkan kebuntuan politik yang telah mengakibatkan tergantungnya Parlimen selama lima hari.

“Walaupun kita tahu dengan pasti bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri ke-10 dan mengetuai gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dari segi dasar atau pelantikan kabinet, kita perlu menantikannya untuk gambaran yang lebih jelas,” kata Khoon Goh, ketua penyelidikan Asia di ANZ.

“Apa yang pelabur akan cari ialah siapa yang akan menjadi menteri kewangan, sama ada akan ada sebarang perubahan kepada bajet yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu atau ada kemungkinan Pakatan Harapan akan memperkenalkan GST,” tambahnya.

Mata wang dan ekuiti lain di rantau ini turut mendapat manfaat apabila dolar AS susut selepas minit mesyuarat Fed bulan November menunjukkan bahawa kebanyakan pembuat dasar bersetuju dengan kewajara untuk memperlahankan langkah pengetatan dasar tidak lama lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *