28 February 2022, Bavaria, Munich: Russian ruble banknotes lie on a table. The European Union put its serious sanctions against the Russian Central Bank into effect on Monday night. According to EU Commission President von der Leyen, they include a ban on transactions with the financial institution. Photo: Sven Hoppe/dpa (Photo by Sven Hoppe/picture alliance via Getty Images)

Rusia, Ukraine Tempuh Strategi Berbeza Dalam Mempertahankan Kelemahan Mata Wang

Rusia dan Ukraine telah menempuh strategi yang berbeza dalam mempertahankan kelemahan mata wang meraka ditengah-tengah konflik di antara kedua-dua negara itu.

Ruble Rusia, yang didagangkan sekitar 80 berbanding dolar sebelum Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari, telah kehilangan 40 peratus daripada nilainya, merosot ke paras terendah dalam sejarah, 150 berbanding dolar.

Namun begitu, laporan yang menyebutkan bahawa Moscow dan Kyiv kini dalam perbinangan untuk menamatkan konflik telah mendorong Ruble memadamkan sebahagian kejatuhan itu dan didagang sekitar 105 berbanding dolar.

Walaupun Rusia telah disekat oleh Barat daripada mengakses sebahagian besar rizab mata wang asingnya, bank pusat Rusia masih berjaya menjual sebahagian daripada simpanan itu bagi menyokong ruble.

Langkah itu turut disertai dengan kawalan modal yang ketat yang memerlukan pengeksport menjual sebahagian besar mata wang asing mereka kepada bank pusat Rusia dan mengehadkan pengguna mengakses pegangan mereka.

“Dalam tempoh 10 tahun lalu, bank pusat hanya campur tangan secara langsung beberapa kali, yang kini memihak kepada penstabilan kadar pertukaran pasaran. Kini, tanda pertama penstabilan sudah muncul,” kata penganalisis Alexander Kudrin di bank pelaburan Aton.

Di Ukraine, yang sedang berada di bawah undang-undang tentera, bank pusat telah menggantung semua perdagangan mata wang dan menetapkan kadar pertukaran tetap kira-kira 29 Hryvnia kepada dolar.

Mereka juga telah mengharamkan pengeluaran mata wang asing dan kebanyakan pembayaran rentas sempadan.

Volodymyr Lepushynskyi, pengarah dasar monetari di bank pusat Ukraine, berkata para pegawainya mempunyai rancangan yang telah tersedia jika berlaku sebarang konflik.

“Kami sentiasa berharap bahawa kami tidak perlu melaksanakannya, tetapi kami sudah bersedia,” tegasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *