swiss-franc

Sekatan Ke Atas Rusia Goncang Ekonomi Neutral Switzerland

Pendirian keras Switzerland ke atas Rusia telah memaksa ekonomi mereka menyesuaikan semula dengan sekatan, menimbulkan perasaan cemas khususnya dalam pasaran bahan mentah.

Switzerland mengumumkan pada Isnin yang lalu bahawa mereka akan mengikuti sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah.

Keputusan itu memaksa mereka untuk meninggalkan tradisi berkecuali simpananya dengan mengarahkan pembekuan segera aset milik syarikat dan individu Rusia yang terdapat dalam senarai hitam EU.

Malah, pada Jumaat, Switzerland juga mengikuti sekatan baharu EU yang lebih ketat susulan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine Pada 24 Februari lalu.

Mengeksport barangan yang boleh meningkatkan keupayaan ketenteraan Rusia adalah dilarang, begitu juga dengan pengeksportan barangan dan perkhidmatan tertentu dalam sektor minyak, dan teknologi penerbangan.

“Pelaksanaan sekatan ini serasi dengan sikap berkecuali Switzerland,” tegas kerajaan dalam satu kenyataan.

Rusia hanyalah rakan dagangan ke-23 terbesar Switzerland. Switzerland kebanyakkannya mengeksport ubat-ubatan, produk perubatan, jam tangan dan jentera ke Rusia, manakala import utama ialah emas, logam berharga dan aluminium.

Menurut Jabatan Kastam Swiss, pada 2021, eksport ke Rusia berjumlah 3.2 bilion franc Swiss, dengan import serendah 270 juta franc.

Walau bagaimanapun, negeri yang berada di tengah daratan itu merupakan pemain penting dalam perdagangan bahan mentah, melalui syarikat seperti Glencore, Trafigura, Vitol dan Gunvor.

Gennady Gatilov, duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, berkata pada hari Jumaat dia terkejut dengan sekatan itu, kerana Switzerland sentiasa “berusaha mengekalkan sikap berkecuali”.

“Kami kecewa dengan ini, kerana kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Switzerland… dan penggabungan Switzerland terhadap sekatan yang menyalahi undang-undang ini… akan mempunyai beberapa kesan negatif,” katanya kepada pemberita

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *