DSC03340-scaled

Seminar XM 2023

Pada 4 Mac 2023 yang lalu, XM telah menganjurkan seminar berskala besar pertama mereka untuk tahun ini. Acara berkenaan mengambil tempat di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Seminar kali ini menampilkan ciri-ciri unik di mana kesemua tenaga pengajar rasmi XM dijemput untuk tampil dan membuat perkongsian bersama pelanggan-pelanggan mereka.

Slot dimulakan dengan satu pembentangan khas oleh wakil XM mengenai produk-produk terbaru yang ditawarkan untuk semua pelanggan Malaysia. Di antara produk yang sudah tentunya menarik perhatian ramai adalah Indeks Ekuiti, peningkatan bonus deposit, akaun XM Ultra Low dan program rujuk rakan. Produk-produk ini sudah tentunya sejajar dengan visi XM iaitu Big, Fair, Human.

Setelah pembentangan selesai, pengajar pertama dijemput ke atas pentas iaitu Encik Imran Zailani dengan topik perkongsian beliau, ‘Pengenalan kepada Indeks’. Informasi dan tips yang beliau sampaikan didapati amat membantu para pelanggan yang hadir oleh kerana dagangan indeks yang semakin mendapat tempat di kalangan para pedagang tempatan.

Siti Wani, salah seorang tenaga pengajar XM di sesi soal jawab.

Encik Zulle Razak, pengajar yang sudah lama bersama XM kemudian tampil di slot yang seterusnya. Beliau menekankan kefahaman fundamental berkenaan pasaran saham global sebelum benar-benar mendalami instrument indeks. Beliau yang sudah tidak asing lagi di kalangan para pelanggan XM tampak begitu selesa dan bersahaja sepanjang perkongsiannya.

Sesi soal jawab menjadi penutup untuk slot perkongisan di mana kedua-dua pengajar sebelum ini disertai oleh dua orang lagi pengajar XM iaitu Siti Wani dan Muhammad Azni di atas pentas. Pelanggan XM yang hadir mengambil kesempatan ini untuk bertanya dan berkenalan bersama barisan pengajar ini yang julung kalinya membuat penampilan fizikal secara berempat.

Sebelum tamat acara, XM juga berbesar hati menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan-pelanggan yang hadir. Syabas kepada pihak XM atas penganjuran yang amat bermanfaat ini. Terima kasih juga daripada pihak CTC FM kerana sudi menjemput pasukan kami untuk melakukan liputan.

Untuk tahu berita lanjut tentang XM, layari laman web rasmi XM di sini: www.xmbroker-fx.com.

Pemenang hadiah utama cabutan bertuah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *