imf-kenya

Sri Lanka Minta IMF Percepatkan Bantuan Kewangan

Sri Lanka telah meminta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mempertimbangkan bantuan kewangan lebih cepat yang pada awalnya telah ditolak oleh mereka, kata wakil Kementerian Kewangan Sri Lanka hari ini.

Bantahan telah meletus di Sri Lanka ketika kerajaan sedang berusaha memerangi krisis kewangan besar kesan daripada Covid-19, salah guna kewangan negara dan kenaikan harga bahan api sehingga melemahkan simpanan asing.

Deligasi yang diketuai oleh Menteri Kewangan Sri Lanka Ali Sabry memulakan pertemuan rasmi bersama IMF di Washington untuk berbincang mengenai program bantuan yang diharapkan dapat menambah simpanan dan sokongan dalam membiayai keperluan import penting seperti bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

“Menteri Luar telah membuat permintaan untuk Instrumen Pembiayaan Pantas (RFI) bagi mengurangkan isu-isu rantaian bekalan semasa, namun pada mulanya IMF pandangan bahawa ia tidak memenuhi kriteria mereka,” kata pembantu Sabry Shamir Zavahir di Twitter.

“Bagaimanapun, India kemudiannya membentangkan cadangan RFI untuk (Sri Lanka) dan IMF boleh mempertimbangkan permintaan ini kerana keadaan yang unik,” tambahnya.

Bagi menangani krisis ekonomi negara, Sri Lanka telah memohon bantuan AS$3 bilion untuk beberapa bulan kehadapan melalui pelbagai sumber termasuk IMF, Bank Dunia dan India.

Pada minggu lalu, Bank Pusat Sri Lanka berkata bahawa mereka telah menangguhkan pembayaran semula sebahagian daripada hutang asing sementara menunggu penstrukturan semula.

Manakala di ibu kota Sri Lanka, Colombo, tuntutan untuk Presiden Gotabaya Rajapaksa meletakkan jawatannya oleh penunjuk perasaan telah berlanjutan melebihi seminggu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *