imf-view

Sri Lanka Terima Jaminan Keluar IMF Tahap Pertama

Sri Lanka telah menerima program penyelamat IMF peringkat pertama, kata Presiden Ranil Wickremesinghe kepada parlimen Sri Lanka hari ini.

Negara kepulauan yang dilanda krisis itu dijadualkan menerima AS$330 juta yang mana bahagian pertama jaminan keluar hampir AS$3 bilion yang diluluskan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin lalu.

“Hal ini menetapkan fasa untuk Sri Lanka mendapatkan disiplin fiskal dan tadbir urus yang lebih baik,” kata Wickremesinghe.

Penyelamat IMF dijangka memangkinkan sokongan tambahan kepada nilai AS$3.75 bilion daripada Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan pemberi pinjaman lain.

Bantuan itu turut membuka jalan bagi Sri Lanka untuk mengolah semula sebahagian besar hutang awamnya yang bernilai AS$84 bilion.

Menteri kewangan Sri Lanka, Shehan Semasinghe berkata dalam temu bual bahawa negara kepulauan itu bersedia untuk terlibat dalam perbincangan penstrukturan semula dengan pemiutang dua hala dan swasta untuk memulihkan kemampanan hutang secepat mungkin.

Ini merupakan penyelamatan IMF ke-17 bagi Sri Lanka dan yang ketiga sejak perang saudara negara itu berakhir pada 2009.

Salah urus ekonomi ditambah dengan kesan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan Sri Lanka kekurangan dolat untuk import barangan penting pada awal tahun lalu, sekali gus membawa negara jatuh ke dalam krisis kewangan terburuk dalam tujuh dekad.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *