starbucks-malaysia-penang

Starbucks Malaysia Bukan Milik Amerika, Hanya Rugikan Rakyat Negara Ini – Vincent Tan

Rakyat Malaysia harus menghentikan boikot Starbucks Malaysia kerana ia hanya merugikan rakyat, kata pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

“Saya rasa semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami tidak mempunyai seorang warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80% hingga 85% pekerja adalah beragama Islam. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan itu semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” katanya pada pertemuan media di sini pada Ahad.

Namun begitu, Tan mencatatkan peralihan momentum dan menjangkakan suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan.

“Arus pasang nampaknya telah berubah kerana kami melihat beberapa peningkatan dalam jualan,” katanya.

Bagi suku kedua FY24, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku ke suku 35% kepada RM183 juta dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

Berjaya Food Bhd (BFood) berdepan cabaran besar berikutan pemboikotan Starbucks di Malaysiam yang diburukkan lagi dengan kelemahan ringgit berbanding dolar.

Ini mengakibatkan penurunan besar dalam hasil dan rekod kerugian bersih bagi suku kedua tahun fiskal 2024.

Boikot itu, dikatakan dicetuskan oleh konflik Israel-Palestin, memberi kesan besar kepada BFood kerana Starbucks Malaysia menyumbang 90% daripada pendapatan kumpulan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *