tesla-gigafactory-berlin

Tesla Bakal Catat Tempoh Kerugian Paling Lama, Saham Merosot 70% Pada Tahun Ini

Saham dalam Tesla Inc dijangka jatuh untuk hari kelapan berturut-turut, merekodkan tempoh kerugian paling lama bagi pembuat kenderaan elektrik itu.

Harga pra-pasaran menunjukkan lagi AS$12.3 bilion kerugian permodalan pasaran, dengan nilai syarikat sudah lebih rendah daripada Walmart Inc, JPMorgan Chase & Co, dan Nvidia Corp selepas kemerosotan tahun ini.

Reuters melaporkan bahawa Tesla merancang untuk mengurangkan pengeluaran di kilang Shanghai-nya, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan.

Laporan itu telah mengakibatkan saham Tesla merosot 11.4% pada hari Selasa, menambah kerugian kepada 70% pada tahun ini, meletakkan prestasi syarikat antara yang terburuk dalam Indeks S&P 500 pada 2022.

Selain itu, laporan berasingan pada minggu lalu bahawa esla menawarkan pengguna AS diskaun AS$7,500 untuk menerima penghantaran dua model volum tertingginya sebelum akhir tahun turut menambah kerisauan.

Bagi Tesla di mana penilaian syarikat bergantung pada prospek pertumbuhan masa depannya, kebimbangan ini mencerminkan risiko yang ketara.

“Rasanya keyakinan hilang, dan kisah dongeng Tesla tiba-tiba berakhir,” kata Ipek Ozkardeskaya, penganalisis kanan di Swissquote Bank.

“Pelabur lebih berminat untuk melihat bagaimana kemelesetan akan menjejaskan permintaan Tesla, bagaimana persaingan daripada pembuat kenderaan elektrik lain akan memberi kesan kepada bahagian pasaran Tesla,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *