petrol-thai

Thailand Setuju Tambah Pinjaman AS$2.35 bilion Bagi Membantu Dana Subsidi Bahan Api

Kabinet kerajaan Thailand meluluskan lagi 81.2 bilion baht (AS$2.35 bilion) pinjaman baharu pada tahun fiskal 2023, yang mana kebanyakannya untuk dana negara yang digunakan bagi mensubsidi kos bahan api.

Pelan pinjaman Pejabat Kumpulan Wang Bahan Api kini akan meningkat sebanyak 80 bilion baht kepada 110 bilion baht pada tahun fiskal, kata timbalan jurucakap kerajaan Traisuree Traisoranakul

Dalam memperlahankan inflasi yang telah mencecah paras tertinggi 24 tahun, kerajaan Thailand telah menggunakan dana itu bagi menyokong subsidi dan menguruskan harga minyak.

Pinjaman oleh beberapa perusahaan negeri lain juga dilaporkan akan meningkat sebanyak 1.2 bilion baht, kata Traisuree.

Pelan hutang yang disemak semula itu akan menyaksikan jumlah pinjaman baharu meningkat kepada 1.13 trilion baht ($32.69 bilion) pada tahun fiskal yang berakhir pada September ini, katanya.

Hutang awam Thailand kini dijangka berada pada 61.14 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada akhir tahun fiskal, masih dalam had yang diluluskan sebanyak 70 peratus daripada KDNK, jelasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *