trader-malaysia-fx-scam

Trader Malaysia Dakwa Jadi Mangsa Forex, Untung RM3.7 Juta Lesap

Mohd Zulhakim Amry Ghazali, abang kepada pelakon filem kontroversi Pulau, Ikmal Amry mendakwa dia telah menjadi mangsa kepada sebuah broker forex selepas keuntungannya sekitar AS$800,000 atau RM3.7 juta dihapuskan daripada akaun dalam taliannya.

Dia berkata jumlah tersebut adalah keuntungannya yang terkumpul sepanjang penglibatannya dalam dagangan forex sejak 10 tahun lalu.

“Saya memulakan pelaburan pada awal 2013 dengan AS$10,000 (RM45,000) dan telah mengaut keuntungan AS$800,000 menjelang 19 Mac tahun lalu,” ujarnya.

“Saya terkejut apabila jumlah itu hilang pada hari berikutnya dan rekod transaksi saya dipadamkan,” katanya selepas bertemu media pada Selasa lalu.

Mohd Zulhakim berkata, dia memutuskan untuk membuat laporan polis di balai polis Kluang pada 4 Januari lepas setelah mendapat nasihat daripada peguamnya.

Beliau juga dilaporkan cuba menghubungi ejen pembrokeran firma forex itu, namun segala usahanya untuk mendapatkan maklum balas adalah sia-sia.

“Saya telah melakukan transaksi dan pengeluaran sebanyak 10 kali yang diuruskan oleh ejen sejak 2018 tetapi tiada maklum balas selama setahun sebelum saya membuat keputusan untuk membuat laporan,” tambahnya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *