Republican presidential candidate and former U.S. President Donald Trump's rally in Durham

Trump Tidak Akan Lantik Semula Powell Sebagai Pengerusi Fed

Bekas Presiden Donald Trump berkata beliau tidak akan melantik semula Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell jika beliau memenangi pilihan raya presiden tahun ini.

Dalam satu temu bula bersama Fox Business, ketika menjawab soalan sama ada dia akan melantik semula Powell, yang akan tamat penggal keduanya pada 2026, Trump berkata “Tidak, saya tidak akan (melantiknya).”

Trump berkata beliau percaya Powell akan menurunkan kadar faedah untuk membantu prospek Presiden Joe Biden untuk pemilihan semula.

“Saya fikir dia akan melakukan sesuatu untuk membantu Demokrat, jika dia menurunkan kadar faedah,” kata Trump.

Powell dan Fed memberi isyarat pada hari Rabu laly bahawa mereka telah selesai dengan kenaikan kadar.

Mereka juga kini sedang mengumpul keyakinan yang lebih besar untuk melihat inflasi jatuh ke sasaran 2 peratus sebelum mengurangkan kadar, sesuatu yang dijangkakan akan berlaku pada tahun ini.

Biden, yang telah menewaskan Trump dalam pemilihan Presiden 2020 yang lalu, melantik semula Powell untuk penggal kedua pada 2021.

Trump memuji Powell pada 2017 untuk mengetuai bank pusat AS tetapi presiden Republik itu menentangnya sejurus selepas mengangkat sumpah Februari 2018.

Pada bulan-bulan berikutnya, Trump kerap menyerang Powell dan Fed kerana menaikkan kos pinjaman, terutamanya apabila saham AS jatuh dan hasil hutang kerajaan AS mula menandakan kemungkinan kemelesetan di hadapan.

Trump memberi amaran tentang “inflasi besar-besaran” jika ketegangan di Timur Tengah meningkatkan harga minyak dan tenaga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *