Tupperware Brands sedang bersiap untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, lapor Bloomberg News memetik sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai rancangan tersebut.
Saham syarikat itu jatuh 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan dan ditutup dengan penurunan sebanyak 57 peratus.
Ditubuhkan pada tahun 1946 oleh ahli kimia Earl Tupper, populariti jenama ini melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita generasi selepas perang menganjurkan “pesta Tupperware” di rumah mereka untuk menjual bekas penyimpanan makanan sebagai usaha mencari kebebasan.
Pandemik COVID-19 memberikan lonjakan dalam jualan apabila lebih ramai keluarga dan individu memilih memasak di rumah, dan menghasilkan banyak lebihan makanan.
Bagaimanapun, jualan jenama terkenal dari AS ini mengalamai kemerosotan dalam suku-suku terkini apabila dunia kembali beroperasi seperti biasa.
Krisis kewangan Tupperware kini semakin teruk dengan hutang melebihi USD 700 juta dan penurunan jualan yang berterusan selepas lonjakan pandemik.
Syarikat itu merancang untuk mendapatkan perlindungan mahkamah selepas melanggar terma hutangnya dan telah melantik penasihat undang-undang serta kewangan untuk menguruskan proses kebankrapan, lapor Bloomberg News.
Persiapan kebankrapan ini berlaku selepas rundingan panjang antara Tupperware dan para pemberi pinjamannya mengenai cara menguruskan hutang yang besar.
Pada bulan Mac yang lalu, syarikat itu memberi amaran bahawa ia tidak pasti perniagaannya boleh terus bertahan dan menghadapi krisis kecairan.
Add a Comment