Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025. Menurut pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.
Beliau turut memaklumkan bahawa 1 Zulhijjah 1446 Hijrah akan jatuh pada esok hari.

“Bagi memenuhi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan setelah mendapat perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, saya dengan ini, mewakili Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
“Sehubungan itu, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi semua negeri di Malaysia akan disambut pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.”
CTC FM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia.