google-antitrust

Turkiye Denda Google Hampir AS$15 juta Atas Isu Pencarian Hotel

Badan Pemantau Persaingan Turki semalam mengumumkan bahawa mereka telah mengenakan denda sekitar 482 juta lira (AS$14.85 juta atau RM70 juta) ke atas Google kerana kegagalannya mematuhi keperluan yang berkaitan dengan carian hotel pada sumber web syarikat.

Lembaga Persaingan (RK) pada bulan lepas mengumumkan bahawa gergasi teknologi itu akan didenda 0.0005% daripada hasil hariannya sehingga ia memenuhi beberapa kewajipannya yang tidak dipenuhi.

Pemantauan ke atas Google mula mendapat perhatian sejak musim luruh 2021 dengan dakwaan bahawa gergasi teknologi itu menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran enjin carian hotel dengan tidak membenarkan platform carian tempatan menggunakan sumber webnya.

“Telah disahkan bahawa Google telah membuat reka bentuk yang didapati tidak dapat dilaksanakan dalam perkhidmatan carian tempatan berkenaan permintaan hotel dan telah menyelesaikan proses itu pada 21 Mei lalu,” jelas RK.

“Dalam konteks ini, lembaga telah memutuskan untuk mengenakan jumlah denda kira-kira TL 482 juta ke atas Google sebagai sekatan kerana tidak melaksanakan reka bentuk baharu yang dicadangkan berkenaan permintaan hotel menerusi carian tempatan,” tambah RK dalam satu kenyataan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *