russia-flag-soldier

UK Berkata AS$350b ‘Peti Perang Putin’ Dibekukan

Britain telah membekukan kira-kira AS$350 bilion (RM1.4 trilion) aset daripada “peti perang” Presiden Rusia Vladimir Putin, kata Setiausaha Luar Britain Liz Truss ketika lawatan ke Warsaw semalam.

“Setakat ini, sekatan kami mempunyai kesan yang melumpuhkan kepada mereka yang membiayai mesin perang Putin. Minggu ini kami akan mengumumkan bahawa kami telah membekukan lebih AS$350 bilion peti perang Putin,” jelas Truss.

Beliau berkata tindakan ini bermaksud “lebih 60 peratus daripada rizab mata wang asing AS$604 bilion” kini “tidak lagi tersedia” kepada kerajaan Rusia.

Truss juga berkata sekatan yang selaras sedang menolak ekonomi Rusia kembali ke aras Soviet, namun begitu kami mampu dan perlu melakukan lebih banyak lagi.

Setiausaha Luar Britian itu juga menggesa larangan kapal Rusia untuk berlabuh di pelabuhan Barat dan “mempersetujui jadual waktu yang jelas bagi menghapuskan import minyak, arang batu dan gas Rusia”.

Beliau turut menggesa Nato dan sekutu G7 untuk mengenakan sekatan ke atas “industri yang membiayaai peti perang Putin, seperti emas”.

Truss berkata dia “terkejut” dengan adegan di Bucha di mana beberapa mayat dengan pakaian awam telah ditemui selepas pengunduran tentera Rusia.

“Ini adalah perbuatan yang mengerikan seperti yang kami fikit ia telah tinggalkan pada abad ke-20. Kami akan bertanggungjawab kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan,” jelasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *