uk-stable-coin

UK Buka Jalan Untuk Terima Mata Wang Kripto, Sedia Mengawal Selia Stablecoin

UK berjanji pada hari ini akan menjadikan negara sebagai pusat aset kritp dan membuka jalan kepada stablecoin, kripto yang disokong oleh mata wang negara dan untuk dijadikan pembayaran yang diiktiraf.

“Kerajaan hari ini telah mengumumkan langkah yang akan menyaksikan stablecoin diiktiraf sebagai bentuk pembayaran yang sah dan sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih meluas untuk menjadikan Britain hab global bagi teknologi dan pelaburan aset kripto,” kata Perbendaharaan UK.

Stablecoins akan digubal di bawah peraturan rasmi bersama-sama pakej tindakan yang bertujuan untuk mengekalkan perkhidmatan kewangan UK selaras dengan teknologi “termaju”.

Perbendaharaan UK juga menambah bahawa “peraturan yang sesuai mampu menyediakan cara pembayaran yang lebih cekap dan meluaskan pilihan pengguna” dalam sektor itu.

Memandangkan stablecoin disokong oleh satu atau lebih mata wang negara dengan kadar pertukaran hampir tetap, token itu tidak mengalami perubahan nilai yang telah dilihat oleh mata wang kripto seperti Bitcoin.

Langkah-langkah lain yang sedang dipertimbangkan oleh Perbendaharaan UK adalah termasuk menerokai kaedah untuk meningkatkan “daya saing sistem cukai UK dalam menggalakkan pembangunan selanjutnya”.

“Adalah cita-cita saya untuk menjadikan UK sebagai hab global bagi teknologi aset kripto, dan tindakan yang kami bentangkan hari ini akan membantu memastikan firma boleh melabur, berinovasi dan meningkatkan skala mereks di negara ini,” tambah menteri kewangan UK, Rishi Sunak.

“Kami mahu melihat perniagaan masa depa dan pekerjaan yang mereka cipta di UK dan dengan mengawal selia secara berkesan kami boleh memberi mereka keyakinan yang mereka perlukan untuk menilai dan membuat pelaburan jangka panjang.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *