pound-gbp4

UK Menjamin Akses Kepada Wang Tunai Apabila Penutupan Cawangan Bank Semakin Meningkat

Kerajaan UK dalam satu kenyataan mengumum jaminan akses kepada wang tunai secara sah apabila bank semakin menutup cawangannya dalam era digital.

“Jutaan penduduk di seluruh UK akan mendapat manfaat daripada undang-undang baharu yang melindungi akses kepada wang tunai,” kata Perbendaharaan dalam satu kenyataan.

Di bawah undang-undang itu, pengawal selia Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan “akan diberikan kuasa baharu” ke atas pemberi pinjaman terbesar Britain untuk “memastikan bahawa pengeluaran tunai dan kemudahan deposit tersedia dalam komuniti di seluruh negara”.

Perbendaharaan bagaimanapun tidak menyebutkan bagaimana jaminan untuk mengakses wang tunai itu akan dicapai.

Menyedari bahawa kumpulan yang terdedah khususnya masih bergantung pada wang tunai, Setiausaha Ekonomi John Glen menambah:

“Saya mahu memastikan bahawa orang ramai masih boleh menggunakan wang tunai sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Adalah penting untuk memastikan tiada orang atau komuniti di seluruh UK yang ketinggalan ketika kita menunju dunia yang lebih digital.”

Menurut Perbendaharaan, sekitar 5.4 juta orang dewasa di UK masih mempunyai pergantungan yang besar terhadap wang tunai dalam kehidupan seharian mereka.

Kumpulan pengguna British, Which? meramalkan kira-kira 5,000 cawangan bank UK, kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan, akan hilang antara 2015 dan 2022, dengan Scotland paling teruk terjejas.

Lloyds pada hari Rabu yang lalu mengumumkan rancangan untuk menutup 28 cawangan, dua bulan selepas mendedahkan ia akan menutup 60 cawangan lain secara kekal.

Ia berlaku selepas pelanggan semakin beralih kepada perbankan dalam talian di tengah-tengah pandemik Covid.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *