uk-flag

UK Sasar Dagangan Hijau Untuk Hentikan Pergantungan Dunia Kepada Tenaga Rusia

Perjanjian perdagangan hijau boleh membantu menamatkan pergantungan dunia kepada minyak dan gas Rusia, kata menteri perdagangan Britain Anne-Marie Trevelyan dalam satu ucapan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selemas Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa adalah mustahil bagi sesetengah negara Eropah segara menghapuskan minyak Rusia, seperti yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah.

UK yang kurang bergantung kepada tenaga Rusia berbanding jiran blok Eropahnya, berkata sektor hijau yang berkembang pesat mampu membantu negara lain mengurangkan pergantungan mereka terhadap Rusia.

Menurut ekstrak ucapan yang dikeluarkan oleh pejabat Kementerian Perdangan UK, Trevelyan berkata, “Konflik yang mengerikan di Ukraine ini telah menetapkan apa yang boleh dicapai melalui pendekatan global yang bersepadu.”

“Ia juga telah mengingatkan dunia bahawa kita mesti mengusir Putin dari ekonomi dunia,” tambahnya.

“Bulan-bulan yang lalu telah menyerlahkan keperluan untuk mempercepatkan perjalanan kami sebagai komuniti global untuk menjauhi hidrokarbon, segera membelakangkan era pergantungan kepada bahan api yang mencemarkan, dan peralihan kepada masa depan Sifar Bersih,” jelas Trevelyan.

Beliau juga akan mengumumkan pada hari ini jaminan pinjaman untuk perniagaan hijau bernilai hampir £190 juta dan ekspo perdagangan serta pelaburan hijau di timur laut England pada musim luruh, kata jabatannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *