4-Unilever

Unilever Akan Kurangkan 1,500 Pekerja Dalam Bidang Pengurusan

Unilever hari ini mendedahkan rancangan untuk mengurangkan kira-kira 1,500 pekerja dalam bidang pengurusan selari dengan rombakan semula model organisasi.

Tindakan itu bertujuan meredakan kebimbangan pemegang saham terhadap kegagalan membida pengambilalihan dan berita yang melaporkan bahawa seorang pelabur aktivis telah membina kepentingan dalam gergasi barangan pengguna itu.

Pembuat sabun Breeze dan aiskrim Magnum, yang menggaji kira-kira 149,000 orang di seluruh dunia, berkata pada hari ini bahawa mereka akan mengatur perniagaannya kepada lima bahagian baharu — kecantikan dan kesejahteraan, penjagaan diri, penjagaan rumah, pemakanan dan aiskrim.

“Model organisasi baharu kami telah dibangunkan sejak tahun lepas… Beralih kepada lima Kumpulan Perniagaan berfokuskan kategori akan membolehkan kami bertindak lebih responsif kepada aliran pengguna dan saluran, dengan akauntabiliti yang jelas untuk penghantaran,” kata CEO Unilever, Alan Jope.

Kejatuhan saham Unilever sekitar 13 peratus sepanjang tahun lalu telah menyebabkan mereka meninggalkan racangan untuk membeli perniagaan penjagaan kesihatan pengguna GlaxoSmithKline pada harga £50 billion

Pengumuman tersebut juga dibuat beberapa hari selepas laporan bahawa aktivis pelabur Nelson Peltz’s Trian Partners telah membina kepentingan dalam pembuat produk penjagaan diri kedua terbesar di dunia itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *