aws-cloud-pavilion-cebit-2016-getty

Unit Awan Amazon Akan Melabur AS$13 bilion Di India Menjelang 2030

Amazon Web Services (AWS), unit pengkomputeran awan Amazon, mengumumkan rancangan untuk melabur 1.06 trilion rupee (AS$13 bilion) di India menjelang 2030, menggandakan pelaburan bagi memenui permintaan yang semakin meningkat.

Pelaburan terbaharu itu akan digunakan untuk membina infrastruktur awan di India dan akan menyokong lebih 100,000 pekerjaan sepenuh masa setiap tahun, kata AWS.

Gergasi e-dagang itu telah menjalankan dua operasi pusat data di di Mumbai yang dilancarkan pada 2016, dan di Hyderabad yang bermula pada 2022.

Jumlah pelaburan yang dirancang AWS di India kini menambah sehingga kira-kira AS$16.4 bilion menjelang 2030, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Platform awan telah menawarkan lebih daripada 200 perkhidmatan, termasuk storan, robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Pelaburan yang dicadangkan itu muncul ketika India sedang meningkatkan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan besar.

Pembuat peralatan rangkaian AS Cisco Systems awal bulan ini berkata ia akan memulakan pembuatan dari India bagi mempelbagaikan rantaian bekalan globalnya, sementara pembekal Apple Inc Foxconn akan melabur AS$500 juta untuk menubuhkan kilang di Telangana, selatan India.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *