gbp-eur-usd-2

USD Kekal Berhampiran Paras Tertinggi 18 bulan Menjelang Mesyuarat Bank Pusat Utama

Dolar masih mengekalkan sebahagian besar keuntungan minggu lalu pada hari Isnin, didagang berhampiran paras tertinggi 18 bulan berbanding matawang utama yang lain didorong oleh permintaan aset-aset safe haven.

Setakat jam 2.05 petang, indeks dolar, yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama didagang sekitar 97.11 turun 0.1 peratus.

Para pelabur akan melihat pembaharuan prospek volatiliti dengan berlangsungnya mesyuarat bank-bank pusat utama seperti Australia, UK dan Eropah pada minggu ini

Euro berada pada $1.1161, naik 0.16 peratus beranding dolar, setelah jatuh kepada $1.1119 pada hari Jumaat, paras terendah sejak Jun 2020.

Aussie pula berada pada $0.701, naik 0.35 peratus berbanding dolar, selepas mencecah paras terendah sejak Julai 2020 pada hari Jumaat.

Dolar AS mencatat prestasi mingguan terbaik dalam tujuh bulan pada minggu lepas, disokong oleh pemilihan aset-aset selamat dan meningkatkan jangkaan ‘rate hike’ Fed pada Mac.

Pasaran kini menetapkan jangkaan lebih daripada 90 peratus peluang untuk melihat sekurang-kurangnya empat kenaikan kadar faedah oleh Fed menjelang akhir tahun ini, dengan 67 peratus melihat lima peluang peningkatan akan diumumkan.

“USD ‘tersenyum’ sekali lagi, didorong oleh gabungan penetapan semula unjuran kadar faedah dan sentimen risiko yang lebih lemah,” kata penganalisis di Barclays.

Kini penganalisis melihat potensi USD mengekalkan momentum berdasarkan jangkaan kenaikan kadar adalah terhad, kerana pergerakan minggu lalu.

Hal ini bermaksud, “kitaran normalisasi yang agresif” sedang ditetapkan walaupun situasi ekuiti yang lemah dan tidak menentu boleh mendorongnya untuk menaikkannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *