Walt_Disney_Studios

Walt Disney Buang 7,000 Pekerja, Jimat AS$5.5b.

Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula menyeluruh selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bob Iger yang kembali menerajui gergasi hiburan itu baru-baru ini.

Iger merancang untuk memotong 7,000 pekerjaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjimatkan kos AS$5.5 bilion dan menjadikan perniagaan penstrimannya menguntungkan.

Pemberhentian itu mewakili anggaran 3.6 peratus tenaga kerja Disney diseluruh dunia.

Langkah-langkah itu, termasuk janji untuk mengembalikan semula dividen kepada para pemegang saham, menjawab beberapa kritikan daripada pelabur aktivis Nelson Peltz bahawa Disney telah terlebih berbelanja untuk penstriman.

Iger mengakui bahawa Disney mungkin terlalu agresif dalam usaha mereka mendapatkan para pelanggan video dalam talian susulan kemerosotan TV tradisional.

Di bawah rancangan untuk mengurangkan kos dan mengembalikan kuasa kepada eksekutif kreatif, Diseny akan menyusun semula kepada tiga segmen: unit hiburan yang merangkumi filem, televisyen dan penstriman; unit ESPN berfokuskan sukan; dan taman Disney, pengalaman dan produk.

“Penyusunan semula ini akan menghasilkan pendekatan yang lebih kos efektif, diselaraskan kepada operasi kami,” kata Iger.

“Kami komited untuk berjalan dengan cekap, terutamanya dalam persekitaran yang mencabar,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *