dc-solar-scam

Wanita Dipenjara 11 Tahun, Tipu Hampir AS$1 bilion Dalam Pelaburan Mega Solar

Seorang wanita bersama suaminya yang menjalankan penipuan pelaburan solar mega bernilai hampir AS$1 bilion telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan tiga bulan, kata mahkamah di California pada Selasa.

Paulette Carpoff, 51, yang pernah mengetuai beberapa skim piramid bersama suaminya Jeff antara 2011 dan 2018, berjaya menarik hampir 20 entiti pelabur yang menyangka mereka membiayai pembangunan penjana solar.

Pasangan itu mengaku bersalah pada 2020 atas konspirasi melakukan penipuan transaksi dan pengubahan wang haram menerusi syarikatnya DC Solar Solutions Inc.

Kemudian, pada tahun berikutnya 2021, Jeff Carpoff dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.

Kedua-dua mereka dilaporkan telah mengumpul sebanyak AS$910 juta daripada 17 pelabur. Berkshire Hathaway Inc. Warren Buffett merupakan salah satu pelabur yang telah ditipu dengan kerugian hampir AS$340 juta.

Jeff dan Paulette Carpoff telah menyimpan sekurang-kurangnya AS$140 juta untuk kegunaan mereka sendiri dengan membeli barangan kemas, 148 kereta, sebuah pasukan besbol, dan hartanah mewah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *