binance-coin

WSJ: Transaksi Aset Kripto Binance Di China Cecah AS$90 bilion Walaupun Diharamkan

Pengguna Binance memperdagangkan AS$90 bilion aset berkaitan mata wang kripto dalam satu bulan di China, di mana perdagangan mata wang kripto telah menyalahi undang-undang sejak 2021.

Memetik angka dalaman, pekerja semasa dan bekas pekerja Binance, Wall Street Journal melaporkan bahawa urus niaga Binance China itu adalah yang terbesar, menyumbang 20 peratus jumlah di seluruh dunia.

Binance berasal dari China, walaupun pertukaran crypto terbesar di dunia itu telah keluar daripada tanah besar pada 2017 berikutan tindakan keras pihak pengawal selia.

“Laman web Binance.com telah disekat di China dan tidak boleh diakses oleh pengguna yang berpangkalan di China,” kata jurucakap syarikat kepada WSJ.

Pertukaran itu juga berada di bawah pengawasan pengawal selia AS seperti Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

CFTC telah menyaman Binance kerana mengendalikan apa yang dikatakan sebagai pertukaran “haram” dan program pematuhan “palsu”.

SEC pula menyaman Binance dan Ketua Pegawai Eksekutif Changpeng Zhao dengan mengatakan bahawa Binance secara sengaja meningkatkan jumlah dagangannya, mengalihkan dana pelanggan, gagal menyekat pelanggan AS daripada platformnya dan mengelirukan pelabur tentang kawalan pengawasan pasarannya.

Menurut laporan Retuers, pertukaran itu juga sedang disiasat oleh Jabatan Kehakiman AS berhubung kemungkinan pengubahan wang haram dan pelanggaran sekatan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *