byd-vs-tesla

BYD, China Dominasi Segmen Kenderaan Elektrik (EV), Jenama Global Semakin Ketinggalan

Pasaran kereta China, yang terbesar di dunia, semakin pesat berubah ke arah penggunaan kenderaan elektrik, meninggalkan jenama-jenama global terkenal yang masih terperangkap dengan peralihan yang perlahan.

Pada pertemuan eksekutif-eksekutif auto di Shanghai yang akan berlangsung hari ini, mereka akan melihat perbezaan yang sangat ketara berbanding pameran auto yang dijalankan pada 2021, ketika industri berkumpul dalam satu acara yang terhad di bawah kawalan Covid-19.

Antara perubahan terbesar adalah jenama buatan China kini mendahului dalam segmen utama dan peningkatan mereka telah dikuasakan oleh model pemacu elektrik baharu yang mendapat bahagian di dalam dan luar negara.

BYD yang dilihat sebagai pemenang akan menggunakan pameran auto di Shanghai pada kali ini memperkenalkan kenderaan elektrik hatchback (EV) baharu untuk pembeli yang mencari nilai dan EV yang lebih mahal digayakan sebagai SUV.

Jualan BYD di China meningkat hampir 69 peratus pada 2023, memberikannya 11 peratus bahagian pasaran kereta secara keseluruhan.

Menurut analisis data jualan, peratusan itu adalah lebih banyak berbanding jenama Volkswagen atau jenama Toyota.

“Penyusunan pasaran kepada pemenang dan kalah ini semakin jelas. Banyak yang kalah dan hanya sedikit yang menang,” kata Bill Russo, pengasas perundingan Automobility dalam nota yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Data dari Persatuan Kereta Penumpang China pula menunjukkan jualan kereta penumpang China turun 13 peratus pada suku pertama.

Namun begitu, jualan EV dan hibrid plug-in di kawasan yang didominasi oleh BYD meningkat meningkat 22 peratus. Jualan kenderaan pembakaran dalam kini menurun dengan margin yang hampir sama.

Keputusan itu menjadi satu tekanan berganda ke atas Volkswagen, General Motors, Honda dan Nissan yang mengalami penurunan dalam jualan dan juga bahagian pasaran.

Lebih daripada 40 jenama kereta telah mengikuti Tesla dalam mengurangkan harga EV sejak Januari dalam perang harga yang telah menyokong jualan EV dan kenderaan elektrik hibrid (PHEV) plug-in.

Kedua-duanya model itu dikelaskan sebagai “kenderaan tenaga baharu” di China. Tindakan itu juga telah mengurangkan keuntungan seluruh industri, kata penganalisis.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *