Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde berkata semalam bahawa kadar faedah perlu terus meningkat dengan “kepantasan yang stabil” untuk mengelakkan inflasi menjadi berakar umbi.
Walaupun harga tenaga telah baru-baru ini turun, Lagarde berkata inflasi asas masih meningkat.
“Adalah penting bahawa kadar inflasi yang melebihi sasaran dua peratus ECB tidak berakar umbi dalam ekonomi,” katanya pada acara yang dianjurkan oleh pengendali bursa saham Frankfurt.
Dalam masa kurang daripada enam bulan ECB telah menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 2.5 mata peratus, satu peningkatan terpantas dalam sejarahnya.
“Kadar faedah ECB masih perlu dinaikkan dengan ketara dengan kepantasan yang stabil untuk mengambalikan inflasi pada landasannya, dan kekal pada tahap tersebut selama yang diperlukan”, tambah Lagarde.
“Kita mesti menurunkan inflasi. Dan kami akan mencapai matlamat ini,†tegasnya.
Para penggubal dasar ECB dijangka menaikkan kadar pada mesyuarat dasar yang akan berlangsung pada bulan Februari dan Mac.
“Kami akan kekal pada landasan untuk memastikan kedudukan inflasi tepat pada masanya kepada sasaran kami,” kata Lagarde.