port-ship

India Sasar AS$2 trilion Eksport Menjelang 2030, Kuasai Peralihan Rantian Bekalan Dari China

India telah meletakkan sasaran bercita-cita tinggi untuk mencecah AS$2 trilion (RM8.82 trilion) setiap tahun dalam keseluruhan eksport menjelang 2030.

Hal ini kerana negara Asia Selatan itu mendapat dorongan baharu untuk menjadi pilihan utama bagi syarikat yang mengalihkan rantaian bekalan dari China.

Unjuran oleh Kementerian Perdagangan adalah lebih daripada dua kali ganda sasaran keseluruhan AS$900 bilion setahun antara 2015 dan 2020, yang berulang kali dilanjutkan kerana pegawai menyalahkan gangguan berkaitan pandemik pada akhir tahun lepas.

Walaupun sasaran eksport barangan dan perkhidmatan AS$2 trilion pernah disebut pada masa lalu, ini adalah kali pertama ia dinyatakan sebagai dasar.

Sasaran ini muncul ketika India mempengerusikan forum Kumpulan 20 (G20) tahun ini dan kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah menggembar-gemburkan potensi negara, yang bakal menjadi ekonomi besar yang paling pesat berkembang di dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami perlu mencapai sasaran eksport kami pada masa hadapan,” kata Menteri Perdagangan Piyush Goyal pada taklimat media hari ini.

“Kami akan mencapai eksport AS$2 trilion menjelang 2030, tetapi kami harus memastikan eksport barangan tidak ketinggalan di belakang eksport perkhidmatan,” jelasnya.

Laporan HSBC Holdings plc baru-baru ini menunjukkan bahawa India adalah tempat kepada kira-kira 40% daripada apa yang dipanggil pusat keupayaan global ini dan bilangannya akan meningkat.

Di sebalik unjuran yang memberangsangkan itu, kementerian tetap memberi amaran bahawa mencapai matlamat eksport barangan akan sedikit mencabar tahun ini berikutan keadaan monetari yang lebih ketat dan harga yang lebih tinggi menyekat permintaan di seluruh dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *