bnm-2

OPR 3.0 Peratus BNM Dijangka Kekal Hingga Akhir Tahun – Penganalisis

Bank Negara Malaysia (BNM) mengejutkan pasaran pada Rabu yang lalu apabila menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), menegaskan keperluannya untuk mengurus inflasi dan menormalkan kedudukan monetari dalam ekonomi yang berdaya tahan.

BNM telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus selepas mengekalkannya pada dua pertemuan sebelumnya berikutan bank pusat ingin menilai kesan daripada empat kenaikan berturut-turut sebanyak 100 mata asas pada 2022.

Penganalisis TA Securities, Shazma Juliana Abu Bakar, berkata BNM pada awal minggu ini sudah penilaian lanjut kesan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas itu kepada ekonomi.

“Walaupun masih ada ruang untuk kenaikan pada masa hadapan, kami percaya ia akan menjadi cabaran bagi Bank Negara untuk meningkatkan lagi OPR pada separuh kedua tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias turut berpandangan OPR tidak akan dinaikkan lagi oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dan kekal pada 3.00 peratus.

Beliau berkata, dengan prospek pertumbuhan domestik yang berdaya tahan, MPC menilai bahawa ia adalah tepat pada masanya untuk menormalkan lagi tahap kewangan.

Hal ini seiring dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM selepas peningkatan kadar itu, melihat aktiviti ekonomi akan berkembang pada suku pertama 2023 kerana permintaan domestik yang kukuh, perbelanjaan isi rumah serta keadaan pasaran buruh yang lebih baik.

Walaupun inflasi dijangka menjadi sederhana, inflasi teras akan kekal pada paras tinggi dalam keadaan permintaan yang kukuh, jelas BNM.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *