Jabatan Imigresen jelaskan kekeliruan status sekatan perjalanan Fahmi Reza

Rio Boestamam
1 Min Read

Susulan tindakan artis grafik dan aktivis Fahmi Reza mempersoalkan dua keputusan berbeza berkaitan status larangan perjalanannya ke luar negara, Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan kepada media.

Semalam, Fahmi memuat naik sebuah video yang menunjukkan semakan status perjalanan dirinya di laman web Jabatan Imigresen. Versi Bahasa Melayu laman itu meminta beliau merujuk ke pejabat Imigresen terdekat, manakala versi Bahasa Inggeris pula menyatakan “Tiada sekatan” (No restriction).

Fahmi Reza mengumumkan yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang rentetan sekatan yang dikenakan ke atas beliau.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, dalam kenyataan ringkas berkata, “Perkara ini timbul kerana versi Bahasa Inggeris portal tersebut sedang dalam proses dikemas kini. Oleh itu, versi Bahasa Inggeris portal itu telah ditutup sementara bagi tujuan pengemaskinian.”

Walaupun tidak menyebut nama Fahmi secara langsung, kenyataan itu seolah-olah mengesahkan bahawa tiada sekatan perjalanan ke luar negara dikenakan terhadap beliau buat masa ini.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *