intel-israel

Intel Akan Pecah Rekod Dengan Pelaburan Antarabangsa Terbesar Di Israel

Pembuat cip AS, Intel Corp akan membelanjakan AS$25 bilion untuk sebuah kilang baharu di Israel, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyebutnya sebagai pelaburan antarabangsa terbesar di negara itu.

Kilang di Kiryat Gat akan dibuka pada 2027, untuk beroperasi sekurang-kurangnya sehingga 2035 dan menggaji ribuan pekerjaan, kata Kementerian Kewangan Israel.

Di bawah perjanjian itu Intel akan membayar 7.5 peratus kadar cukai yang telah dinaikkan daripada kadar semasa 5 peratus, tambah kementerian itu.

Menurut laman web syarikat, sepanjang hampir lima dekad beroperasi di Israel, Intel telah berkembang menjadi majikan dan pengeksport persendirian terbesar di negara itu dan peneraju industri elektronik dan maklumat tempatan.

Pada 2017, Intel membeli Mobileye Global Inc yang berpangkalan di Israel dengan harga AS$15 bilion dan menyenaraikannya pada tahun lalu

Pembelian Mobileye Global Inc adalah untuk membangunkan dan melancarkan sistem bantuan pemandu termaju.

Mengumumkan perjanjian itu dalam ucapan di televisyen kepada kabinetnya, Netanyahu menyifatkan ia “pencapaian yang luar biasa untuk ekonomi Israel dan pelaburan terbesar yang pernah dilakukan oleh sebuah syarikat antarabangsa di Israel”.

Dalam satu kenyataan, Intel berkata operasi Israelnya telah “memainkan peranan penting” dalam kejayaan global syarikat itu.

“Niat kami untuk mengembangkan kapasiti pembuatan di Israel didorong oleh komitmen kami untuk memenuhi keperluan pembuatan masa depan… dan kami menghargai sokongan berterusan kerajaan Israel,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *