Starbucks-China

Starbucks Buka Pembangunan AS$220 Juta Di Luar Shanghai

Gergasi kopi AS, Starbucks membuka pembangunan AS$220 juta di luar Shanghai pada hari Selasa, satu petunjuk bahawa syarikat multinasional itu masih menjadikan China lokasi untuk mengembangkan perniagaan walaupun pemulihan pasca Covid yang goyah.

Satu tinjauan yang dikeluarkan Selasa oleh Dewan Perniagaan Amerika di Shanghai melaporkan keyakinan dalam kalangan perniagaan AS di China berada pada “rekod rendah”, didorong oleh kelembapan ekonomi lembap dan ketegangan antara Washington-Beijing.

Bagaimanapun, “Taman Inovasi Kopi” Starbucks, yang merangkumi kilang pemanggangan dan pusat pengedaran, merupakan pelaburan terbesar yang dibuat syarikat itu dalam mana-mana projek seumpama itu di luar Amerika Syarikat, lapor AFP.

“Hari-hari terbaik Starbucks akan datang di China,” kata jurucakap Starbucks ketika mengulas mengenai sentimen perniagaan di negara itu.

“Sebagai pasaran antarabangsa Starbucks yang terbesar dan paling pesat berkembang, kami akan terus memperdalam pelaburan kami dan mengukuhkan komitmen jangka panjang kami yang tidak berbelah bahagi kepada pasaran China,” kata CEO Starbucks Laxman Narasimhan.

Gergasi multinasional itu mempunyai lebih daripada 6,500 kedai kopi di lebih 250 bandar raya China dan mengatakan bahawa sebuah kedai baharu dibuka di negara itu setiap sembilan jam.

Taman Inovasi Kopi baharu telah dibina untuk menyediakan perkhidmatan kepada kedai China syarikat itu secara eksklusif, kata syarikat itu, dengan beberapa biji kopi yang digunakan datang dari wilayah selatan Yunnan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *