foxconn-e1669291890974

Foxconn Akan Labur AS$246 juta Dalam 2 Projek Di Utara Vietnam

Foxconn, pembuat dan pemasang elektronik kontrak terbesar di dunia, telah menerima kelulusan daripada Vietnam untuk melabur AS$246 juta dalam dua projek baharu di wilayah utara Quang Ninh.

Foxconn menurusi unitnya dari Singapura, akan meningkatkan jumlah pelaburan dalam projek di Vietnam kepada kira-kira AS$3 bilion dan akan tertumpu pada pembuatan dan pemasangan alat ganti telekom serta kenderaan elektrik (EV), kata kerajaan wilayah.

Daripada pelaburan itu, AS$200 juta akan masuk ke sebuah kilang untuk menghasilkan pengecas dan komponen EV, yang dijadualkan memulakan pengeluaran mulai Januari 2025 dengan tenaga kerja seramai 1,200 orang.

Baki AS$46 juta pula adalah untuk sebuah kilang untuk menghasilkan komponen elektronik dan telekomunikasi, dengan pengeluaran akan dimulakan pada Oktober 2024.

Kedua-dua kemudahan itu akan berada di Taman Perindustrian Song Khoai wilayah itu, 138 kilometer timur Hanoi.

Gergasi elektronik itu yang telah berada di Vietnam selama hampir 20 tahun juga dilaporkan merancang untuk menubuhkan sebuah kilang baharu di wilayah tengah Nghe An dengan pelabur awal sebanyak AS$100 juta.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *