arab-oil-camel

UAE: Pemotongan Tambahan Minyak Sepatutnya Cukup Untuk Imbangi Pasaran

Tambahan pengeluaran minyak dan pemotongan eksport yang dibuat oleh Arab Saudi dan Rusia awal minggu ini sepatutnya mencukupi untuk membantu mengimbangi pasaran minyak, kata menteri tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE) Suhail Al Mazrouei kepada pemberita hari ini.

OPEC+, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya termasuk Rusia yang mengepam kira-kira 40 peratus daripada minyak mentah dunia, telah mengurangkan pengeluaran minyak sejak November dalam menghadapi penurunan harga.

Arab Saudi dan Rusia, pengeksport minyak terbesar dunia, memperdalam pemotongan bekalan minyak pada hari Isnin dalam usaha untuk mendorong harga lebih tinggi.

Bagaimanapun, langkah itu hanya menaikkan pasaran untuk jangka masa pendek berikutan penanda aras niaga hadapan Brent masih didagang 0.3 peratus lebih rendah pada hari ini kepada kepada AS$76.00 setong.

“Pemotongan tambahan pengeluaran minyak terkini sudah cukup untuk menilai pasaran dan melihat imbangan pasaran,” kata Mazrouei kepada pemberita, sambil menambah bahawa UAE tidak akan menyumbang kepada pemotongan baharu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *