broadcom

Broadcom AS Akan Labur AS$1 bilion Untuk Bangunkan Industri Semikonduktor Di Sepanyol

Pengeluar cip AS Broadcom akan melabur dalam program yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah untuk membangunkan industri semikonduktor di Sepanyol, kata Ketua Eksekutif Charlie Kawwas dalam akaun Twitternya.

“Teruja untuk mengumumkan keputusan kami untuk melabur dalam ekosistem semikonduktor Sepanyol di bawah program sokongan semikonduktor mereka,” kata Kawwas.

Projek di mana akan melibatkan Broadcom itu mungkin bernilai AS$1 bilion, kata kementerian ekonomi Sepanyol dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Projek itu termasuk pembinaan “kemudahan semikonduktor belakang berskala besar yang unik di Eropah”, kata kementerian itu, sambil menambah belum ada lokasi yang dipilih.

Kerajaan Sepanyol berkata ia akan memperuntukkan sebanyak 12 bilion euro (AS$13 bilion) daripada dana bantuan pandemik EU yang akan diterima untuk mensubsidi pembangunan industri semikonduktor.

Sebelum Broadcom, kerajaan Sepanyol telah berkata gergasi teknologi AS Cisco Systems Inc. merancang untuk membuka pusat reka bentuk cip baharu di bandar timur laut Sepanyol, Barcelona.

EU sedang berusaha untuk memperkukuh industri cipnya sendiri dan mengurangkan pergantungannya pada bekalan A.S. dan Asia, yang dicetuskan oleh kekurangan global semikonduktor dan kesesakan rantaian bekalan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *