ford-logo

AS Belum Mampu Bersaing Dengan China Dalam Pengeluaran Kereta EV – Pengerusi Ford Motor

Pengerusi Eksekutif Ford Motor Bill Ford berkata Amerika Syarikat belum bersedia untuk bersaing dengan China dalam pengeluaran kenderaan elektrik.

“Mereka membangun dengan sangat cepat, dan mereka membangunkannya dalam skala besar. Dan kini mereka mengeksportnya,” kata Ford dalam program ‘Fareed Zakaria GPS’ CNN semalam.

“Mereka tiada di sini (AS) tetapi saya rasakan bahawa mereka akan tiba pada satu ketika, kami perlu bersedia, dan kami sedang bersiap sedia,” kata Ford.

Pada bulan Februari, gergasi pembuat kereta itu mengumumkan rancangan untuk melabur AS$3.5 bilion bagi membina kilang bateri kenderaan elektrik di Michigan. satu perjanjian yang melibatkan penggunaan teknologi daripada syarikat bateri China CATL.

Bill Ford, yang merupakan cicit kepada pengasas syarikat Henry Ford, berkata dalam rancangan tv itu bahawa kilang bateri Michigan adalah peluang untuk jurutera Ford mempelajari teknologi dan kemudian menggunakannya sendiri.

“Ia (Michigan) ialah kemudahan milik penuh Ford. Mereka akan menjadi pekerja kami, dan apa yang kami lakukan ialah melesenkan teknologi. Itu sahaja.” katanya.

CEO Ford Jim Farley berkata pada Mei bahawa pembuat kenderaan elektrik China adalah saingan utamanya dalam sektor itu, dan Ford memerlukan penjenamaan tersendiri atau kos yang lebih rendah untuk mengalahkan mereka.

“Saya fikir kita melihat orang Cina sebagai pesaing utama, bukan GM atau Toyota. Mereka akan menjadi kuasa besar,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *