Gergasi pemproses pembayaran Visa semalam melancarkan peruntukan sehingga AS$100 juta untuk membangunkan teknologi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) generatif.
Pelaburan itu akan dibuat melalui Visa Ventures, cabang pelaburan korporat global gergasi kad itu yang berusia 16 tahun.
Pengumuman Visa tersebut menyertai senarai pelabur yang telah membanjiri sektor itu tahun ini.
Antara syarikat berprofil tinggi seperti Microsoft dan Alphabet Google telah memberi sokongan kepada perkembangan AI dan ia menjadi satu kata kunci yang menjadi perhatian pada tahun ini seiring populariti chatbot ChatGPT.
Visa mendakwa telah menjadi “perintis penggunaan AI dalam pembayaran” sejak 1993. AI Generatif ialah teknologi yang mencipta kandungan baharu berdasarkan perkara yang telah dipelajari daripada set besar data-data yang lalu.
“Walaupun kebanyakan AI generatif setakat ini tertumpu pada tugas dan penciptaan kandungan, teknologi ini… juga akan mengubah perdagangan secara bermakna dalam cara yang perlu kita fahami,” kata ketua pegawai produk dan strategi Visa, Jack Forestell, dalam satu kenyataan.
David Rolf, ketua Visa Ventures, berkata AI generatif mempunyai potensi “untuk menjadi salah satu teknologi yang paling transformatif pada zaman kita.”