byd-production-line

BYD, Gergasi EV China Catat Lonjakan 62% Dalam Jualan Kenderaan Pada 2023

BYD Co China, penjual kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid plug-in terbesar di dunia, menjual kira-kira 3.02 juta kenderaan pada 2023, meningkat 61.9 peratus.

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Shenzhen itu berkata ia menjual kira-kira 1.6 juta EV bateri serta kira-kira 1.4 juta EV hibrid plug-in pada 2023.

BYD berkata jualan bateri dan EV hibridnya pada Disember berjumlah 340,178 termasuk 190,754 kenderaan elektrik.

Menurut Car News China, BYD, pembuat kereta dominan negara dalam pasaran kereta terbesar dunia itu telah memperoleh keuntungan tiga kali ganda kepada AS$1.5 bilion pada separuh pertama tahun lalu.

Pertumbuhan keseluruhan sektor automotif di China agak mengejutkan dengan data Persatuan Pengilang Automobil China menjangkakan pembuat kenderaan China telah menjual sekitar 9.4 juta EV dan hibrid pada tahun lalu.

Angka itu meningkat berbanding 6.8 juta pengeluaran yang direkdokan pada 2022 dan juga diunjurkan melonjak kepada 11.5 juta pada 2024.

BYD akan menghadapi beberapa tarif tinggi di AS tahun ini, namun pembuat kereta itu meneruskan pengembangan globalnya, termasuk di Eropah.

Mereka kini sedang membina kilang pemasangan di Hungary dan telah membuka pengedar di Jerman, Norway dan Sweden.

Walau bagaimanapun, Eropah masih dalam penyiasatan ke atas subsidi negara China, yang boleh membawa kepada tarif yang lebih tinggi oleh EU dan Perancis telah pun meletakkan had pada EV dari China.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *