Perbelanjaan global untuk penggunaan makanan Muslim diunjurkan mencecah AS$1.38 trilion (RM6.4 trilion) menjelang 2024, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata golongan muda, yang akan membentuk 60% daripada dua bilion penduduk Islam dunia menjelang 2030, sudah pun mempengaruhi lonjakan penggunaan ini.
“Mereka memacu revolusi di mana halal sinonim dengan penjagaan kesihatan, kebersihan dan etika,†katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Muslim Global ke-2 2023.
Fadillah berkata kerajaan mengiktiraf nilai intrinsik pensijilan halal bagi memastikan barangan pengguna seperti farmaseutikal, nutraseutikal, kosmetik dan makanan menepati piawaian halal tertinggi.
“Komitmen ini telah menggalakkan pemain utama dalam sektor barangan pengguna untuk melabur dalam barisan pengeluaran halal, sekali gus memastikan produk kami dipercayai di persada global.
“Memandangkan generasi muda semakin mementingkan alam sekitar, kami melihat peningkatan dalam permintaan untuk produk berasaskan tumbuhan dan makanan sihat serta penawaran yang diperakui halal berkembang pesat,†tambahnya.