selangor-amirudin-e1705317958682

Selangor Sasar Tarik Pelaburan RM50 bilion Tahun Ini


Selangor menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai RM50 bilion tahun ini, meningkat daripada RM45 bilion tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu ditetapkan memandangkan pembangunan ekonomi yang semakin baik dan keupayaan negeri untuk menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga 0.5 peratus tahun ini.

“Sekiranya kita meningkatkan sumbangan kita daripada 0.4 peratus kepada 0.5 peratus kepada KDNK negara, ia akan meningkatkan bahagian sumbangan kita daripada 25 peratus kepada 26 peratus,” katanya selepas menyampaikan ucapan resolusi Tahun Baru di sekretariat negeri.

Pada 2022, Selangor mencatat sejarah apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi suku ekonomi negara pada kadar 25.5 peratus, dengan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai perobohan Stadium Shah Alam, Amirudin berkata penempatan semula pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang dirancang bagi mengelak gangguan bekalan elektrik di kawasan Seksyen 13.

“Kami sedang berunding dengan TNB untuk memindahkannya. Kalau kita bina (sub-stesen) baru, ambil masa setahun lagi baru boleh robohkan stadium, jadi kita gerakkan dulu.

“Perobohan akan dilakukan serta-merta menggunakan peralatan mesin dan bukan bahan letupan kerana ia akan menjejaskan kejiranan di kawasan itu,” jelas beliau.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *