Jumlah import dan eksport Beijing telah melebihi 3 trilion yuan atau sekitar RM1.9 trilion. selama tiga tahun berturut-turut.
Memetik data kastam Beijing, Xinhua melaporkan bahawa jumlah import dan eksport Beijing mencapai 3.65 trilion yuan pada 2023, meningkat 0.3 peratus tahun ke tahun.
Antaranya, import masuk pada 3.05 trilion yuan, sama seperti tahun sebelumnya, manakala eksport mencecah 600.01 bilion yuan, meningkat 2 peratus tahun ke tahun.
Pada 2023, import dan eksport wilayah Beijing-Tianjin-Hebei mencecah 5.03 trilion yuan, berjaya mencapai pertumbuhan positif selama tiga tahun berturut-turut. Import di rantau ini menyumbang 20 peratus daripada jumlah nilai import negara China.
Pada tahun lalu, import bijirin, minyak mentah, gas asli dan pesawat di rantau tersebut menyumbang lebih separuh daripada jumlah import produk yang sama di China, dan import kereta menyumbang dua pertiga daripada jumlah import auto negara.
Import produk berteknologi tinggi di Beijing pula mencecah 341.28 bilion yuan, meningkat 27 peratus tahun ke tahun, melebihi 300 bilion yuan buat kali pertama.
Data juga menunjukkan bahawa lima komoditi eksport teratas di Beijing iaitu produk minyak ditapis, telefon bimbit, keluli, litar bersepadu dan alat ganti kereta, menyumbang 55 peratus daripada jumlah nilai eksport Beijing.