Penyanyi dan pelakon, Na’im Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen

Aina Julia
2 Min Read

Penyanyi dan pelakon, Na’im Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Na’im, atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada Selasa (17 Jun).

Berdasarkan kertas pertuduhan, Na’im didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja berkenaan di sebuah hotel di Jalan Harapan, Petaling Jaya, pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Populariti Na’im Daniel memuncak selepas membintangi drama popular Projek High Council pada tahun 2023.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan, termasuk menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan tersebut. Hakim Kunasundary turut mengarahkan Na’im menyerahkan pasport dan melarangnya daripada mendekati saksi.

Kes akan disebut semula pada 18 Ogos.

Na’im membayar wang jaminan yang ditetapkan. Pelakon berusia 28 tahun ini dikenali menerusi drama seperti Projek: High Council, Lelaki Lingkungan Cinta, dan I.D.

Pada tahun 2020, lagunya yang bertajuk Sumpah memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-34.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *